Sunday, March 4, 2012

mark of jurist: alKauthar institut


kali ni aku pegi kelas al kauthar institut dengan tajuk nya kali ni ttg mark of jurist.
selepas pegi ke kelas tu. baru lah aku tau begitu banyak sekali dosa yang tidak kita ketahui secara diam yang di lakukan leh jutawan2 kita malaysia ini . demi melipat ganda kan keuntungan mereka menggunakan taktik. bah kan dalam pelajaran seharian kita pun wujud nya cara2 untuk meraih keuntungan secara haram,. contoh nya strategy2 perancangan dalam selling. di situ wujud nya sumber yang haram. seperti yang aku pelajari sebelum ini. bak kata sheikh tawfique chowdhury(president mercy mission) yang membuka mata aku. betapa selama ini apa yang aku belajar itu merupakan cara untuk mendapat wang haram. astaghfirullah...

meh sni aku bagi situasi sikit... contoh nya kita beli twisties. pastu ada macam cabutan bertuah. dia cakap sapa dapat kupon ke.. apa ke bnda ker.. yg sewaktu dgn nya. semasa membeli makanan tersebut. dengan itu. kalau kita tertarik x then kita beli banyak2 dengan harapan dapat hadiah cabutan bertuah tu. di situ wujud nya unsur2 gambling.

lagi 1.. apa yg aku lihat n ter buka mata sebentar.. actually lama la jugak aku bukak mata sejak tu.. ahah... sebnarnya kita terlalu percaya kan doctor sehingga mengabai kan pencipta kita sendiri. setiap perkara yang berlaku kepada kita hari ni. ada lah terjadi sejak kita dari alam roh lagi. semua nya Allah telah tentu kan. meh sni aku nak bagi cerita sebenar yang berlaku di UK...

Rosie. seorang perempuan yang telah berkahwin beberapa tahun dahulu. dan di seorang wanita yang ber purdah. alhamdulillah.. dia sedang mengandung selama 4 bulan. tidak lama kemudian dia di sah kan mengalami komplikasi dlm sistem badannya iaitu kurang kalsium. suami nya sorang pekerja biasa yang mampu menanggung kos kehidupan yang agak tinggi d samping sewa rumah yang mahal. kerana suami nya bergaji kecil sahaja. doctor menasihat kn bahawa rosie perlu terdedah kepada cahaya mata hari... semakin hari.. rosie semakin membongkok dan tidak berdaya untuk berjalan. dia tetap dengan pendirian nya untuk tidak membuka hijab nya. bagaimana jalan penyelesaian nya? adakah perlu membuka hijab nya?

jawapan nya.. segalanya2 terletak kepada keteguhan hati rosie itu sendiri. sama ada percayakan kata2 doctor ataupun maha pencipta. tidak lama kemudia rosie berjaya melahir kan anak nya tidak cukup bulan. para doctor kehairana dan merasakan satu keajaiban apa bila melihat bayi kecil itu sihat walafiat.

rosie mengatakan. hanya kuasa tuhan yang mampu menarik nywa kita. hanya Allah yang ada di hati nya. Hanya Allah yang menjadi ubat nya. hanya Allah yang mampu mengubah segala nya...

seketika aku terpana sebentar dengan hujah2 ni. mungkin pada korang semua ini adalah perkara biasa. tapi bagi aku ianya adalah perkara baru bagi aku.
aku sedang cuba untuk menjadi lebih baik. aku mahukan ketenangan yang di dapati oleh sekian orang. aku mahu mendalami semua ini. aku bersyukur kerna mendapat ilmu baru.. meskipun sesetengah perkara kita da belaja kat sekolah. tapi
semakin kita belajar semakin kita tak tahu.
betol tak? pokok pangkal nya. Allah itu maha Kuasa, hanya DIA yang mampu mengubah segala-galanya..

jazakum Allahu khairan for the reading.

No comments:

Post a Comment