Monday, February 13, 2012

bukan tempat persinggahan

selama ini aku menganggap aku mempunyai segala-galanya. aku ada teman lelaki yang boleh di bawa kemana sahaja. bertukar2 lelaki. mempunyai duit. dan segala nya yang menyempurnakan aku sebagai insan yang bergelar wanita. tetapi hari ini aku sedar. sehingga kini aku tidak menemui cinta langsung. yang aku nampak di hadapan aku hanyalah lelaki untuk di jadikan teman lelaki. aku mencari lelaki untuk menajdi suami kepada aku, menjadi imam di dalam solatku menjadi bapa kepada anak2 aku.

hari ini aku sedar tidak semua benda kita dapat kecapi. hidup ini hanyalah satu perjudian...

Friday, February 3, 2012


sesungguhnya.. aku sedang menipu diri sendiri bahawa aku okey dan dapat menerima semua ini. tapi hakikatnya. hati aku langsung tidak begitu... hati aku berkata jangan... jangan biarkan semua ini berlaku.

Korang pernah rasa hati korang bagaikan di hiris menahan rasa cemburu@ terasa@ kecik hati?
Sekarang ni itulah situasi aku. Malam ni (jumaat) lepas isyak tadi. Kekasih hati yang pernah bertakhta di hati aku telah melangsung kan perkahwinannya.. malam ni dia akad nikah secara tak langsung… dia sudah bergelar seorang suami. Aku cuba untuk bertahan dan berlaku selamba.. tapi aku tak dapat nak menipu hati aku. Menipu diri aku bahawa aku cinta kan dia. Aku cemburu. Aku nak aku yang berada di situ. Aku nak aku lah yang jadi pengantin perempuan itu. Tapi? Aku di sini sedang upload entry baru mengisah kan dia sudah bergelar seorang suami. Ya Rabbi apakah dugaan ini.. sesungguhnya aku tak mampu untuk bertahan lagi. Berikanlah aku sebarang petunjuk kepada aku. Agar hati aku kuat untuk semua ini amiinn…