Monday, December 26, 2011

salahkah mereka??

rasa nya mcam dah berserawang dah blog aku kali ni wahahaha... meh tolong buang sarang labah2 kat blog aku nih. nnt aku upah lah... huhu...
ok2.. berbalik kepada topik aku di atas pada aku.. setiap orang yang melakukan jenayah ataupun sebarang kesalahan ada sebabnya. bak kata oran-orang tua.. setiap yang ebrlaku ada sebabnya. cuma kita sedar ataupun tak terpulang lah kepada diri kita sendiri. adakalanya kita perlu lihat dengan mata hati bukan nya pada zahir sahaja. lepas kita lihat.. cuba kita analisis balik kenapa orang tu buat macam tu. kenapa dia boleh buat semua ni? kenapa dia tak buat kerja lain.

aku seru buka kan lah mata hati.. lihat dan hayati sedalam-dalamnya. setiap yang ebrlaku ada iktibarnya. meskipun berlaku kepada orang yang kita tak pernah kenal, kita yang mendengar ini harus ambil ia sebagai iktibar kepada diri kita. kalau perkara tersebut baik, maka jadikan lah suatu saat untuk perubahan.

segalanya terletak kepada diri kita sendiri. untuk apa? kenapa? bagaimana? dan pelbagai persoalan lagi. orang lain mungkin tak tahu jawapannya. tetapi kita pasti punya jawapannya. walaupun kita masih ragu-ragu dengan tindakan kita itu. namun yakin lah pada ALLAH S.W.T.. hanya DIA yang mempunyai segala jawapannya. Ya ALLAH.. kuat kan lah iman aku ini... jangan lah engkau memesongkan aku. aku hanya lah insan biasa yang sering berbuat dosa, tiap saat tiap tika..


aku hanya mampu berdoa. tetapi aku tidak mampu untuk mengelak dari godaan syaitan. aku masih mencari-cari sinar untuk aku berpaling ke jalan yang lurus. namun aku hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mngelakkan semua ini. aku ingin menjadi seperti khadijah, sumayyah dan srikandi-srikandi lain-lain lagi. tapi mampukah aku?? mampukah aku untuk menjadi sebaik mereka.

oleh itu, pada pendapat aku setiap jenayah maupun kesalahan yang mereka lakukan mesti ada carita nya. contohnya, seorang pencuri/ perompak/penyamun dan seumpama dengannyalah hahahha.. cuba kita fikir kan kenapa dia orang buat semua tu? di kalangan dia orang tu ada yang susah.. tapi tak cakap lah orang miskin ni pencuri. orang kaya punn ada jugak dia orang mencuri sebab suka-suka dan tekanan.
ok berbalik kepada sebab dia orang mencuri

pada pemerhatian aku dia ni terlibat dalam gejala negatif ni sebab tekanan dengan masalah hidup. selain itu mentaliti melayu sendiri yang sempit, yang suka memandang serong terhadap sesuatu. seharusnya mentaliti yang kadang-kadang terlalu perihatin bole mngundang dosa jugak , kalau tak prihatin nanti tak berperikemanuasiaan pulak kan... oleh itu peringatan aku kalau nak prihatin tu tak payah nak lebih-lebih jaga kain sendiri dulu baru ah nak jaga kain orang.

ok. aku rasa.. aku da cakap apa yang aku nak cakap kot. hehe.. just ubah pemikiran kita yang sentiasa nak bergosip ataupun sebagainya yang bole menyebabkan jatuh maruah seseorang. siapa kita untuk meletak kan hukuman kepada umat manusia. hanya bermotif kan dendam segalanya bole menyebabkan dosa-dosa besar. meskipun perkara ni bunyi macam biasa sahaja tapi sebab biasa itu lah yang menyebabkan semua ini boleh mengunjurkan kepada munafik, fitnah, dan sebagainya.

buka lah minda anda,... lihat dan renungkan setiap insan melakukan dosa cuba untuk pulang ke pangkal jalan. namun kenapa kita menerima mereka? adakah di sebabkan dosa silam mereka? adakah tangan mereka pernah di cemari dengan darah manusia? kita menghukum merekaa dengan cemuhan? mengingkirkan? memulaukan? bagi aku segalanya harus di ubah. seandainya kita di rompak oleh dia org ni.. kita harus pandang daari sudut positif kenapa dia orang kembaali baut semua kerjaa-kerja haram tu? kenapa tak kita sahaja yang bagi kerja. buka peluang kepada dia orang ni untuk berubah?

on my opinion this situation is cronic and need to change . change your mind and take an advantage to be the best muslim. insyaALLAH.. fikir-fikirkanlah wahai saudara islam ku sekalian. ALLAH tak melarang kita untuk menerima orang telah bertaubat, orang yang kembali ke pangkal jalan... fikirkanlah. tanpa kita... orang yang berada di dunia ini di sekeliling orang-orang yang pernah menjalani hukuman penjara ataupun yang seumpama dengannya. buka lah hati terima mereka sebagai insan yang baru lahir. seandainya kita berada di tempat mereka pasti kita merasai apa yang mereka rasa di saat di pulau kan oleh orang sekeliling.

sesungguhnya mereka yang di penjara ini bernasib baik kerana sempat bertaubat dan kembali kepada pangkal jalan ketika berada di penjara .. berbanding dengan seorang pelacur dan penzina. nafsu yang mnguasai mereka. menguasai minda mereka.,.. sehinggakan tidak sempat bertaubat. inikah yang kita ingin kan? mengagung-agungkan penzina dan mencaci orang orang yang pernah masuk penjara. antara dua kategori ini wujud persamaannya, iaitu ketika mereka belum bertaubat ... dan sebaliknya. paham-paham je lah ahahhaa... ok lah dah banyak sangat aku merapu ni. cukuplah sampai di sini sahaja aku berleter kat blog aku nih heee... yang baik di jadi kan teladan dan yang buruk di jadi tauladan.. sesungguhnya yang buruk itu datang dari pada aku sendiri dan yang baik itu datang nya dari ALLAH.. assalamualaikum........

No comments:

Post a Comment