Friday, October 28, 2011

ayahanda yang amat aku cintai

hari ni.. merupakan detik sejarah hitam bagi aku. lepas saja solat maghrib n ajar anak buah aku si fitri tu mengaji.. aku di kejut kan dengan suara ayah aku yang merintih kesakitan. aku melangkah keluar dari bilik aku untuk melihat apa yang terjadi. aku terkejut melihat darah yang banyak di lantai. ketika itu seluruh sendi aku serba tidak kena. fikiran aku bercelaru. menurut emakku. ada 3 org lelaki student unimap yang menghantar ayah aku pulang kerumah kerana ayah ku enggan ke hospital tika itu. mereka menghantar ayah aku pulang ke rumah. melihatkan keadaan itu abang ngah aku segera mengeluarkan kereta dari tempat parking membawa ayah aku ke klinik family kitaorang. tika itu.. aku tak tahu apa yang berada di fikiran aku.. inilah prtama kali situasi ini berlaku dan aku tak tahu nak buat apa.. apa yang aku lakukan hanyalah menangis. aku hanya mampu menangis. aku benci diri aku tadi. kenapa aku menangis... aku sepatut nya kuat kan semangat aku... supaya ayah aku tidak nampak aku menangis.. inilah kali pertama sepanjang usia remaja aku.. aku menangis di hadapan ayah aku.. kecik2 dulu x kira lah.. hmm.. kecik2 mmg la aku kuat nangis... hmm..

menurut doctor family kitaorang.. my dad critical.. and need to go to hospital.. masa di hospital tu.. aku cuba untuk kuatkan semangat aku.. bagi aku... semua ni.. adalah dugaan.. sesungguhnya aku tak nak kehilangan mana2 ahli keluarga aku.. aku amat memerlukan sokongan mereka untuk aku terus kan hidup.. tapi seandainya aku pergi dahulu tak apalah.. sebab dengan pemergian aku tu.. dapat lah kurangkan beban dia orang. entah la.. aku rasa aku ni.. banyak menyusah kan keluarga aku.. sebab apa? sebabnya.. semua nya mereka terpaksa sediakan segala keperluan untuk aku.. tapi aku?? aku takut aku tak sempat untuk membalas semua tu... aku takut...


aku bukan lah hambaMU yang kuat imannya.. aku sering terjatuh.. dan terpesong dengan godaan syaitan.. tapi aku mencuba untuk menjadi yang terbaik demi Mu dan keluarga aku.. aku bukan lah anak yang solehah.. tapi aku cuba untuk menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tua aku.. segala2 nya aku cuba untuk kedua orang tua aku.. walaupun kadang2 aku terpesong dan keliru dengan dugaan yang mendatang..

aku sanggup korbankan apa sahaja untuk kedua orang tua aku selagi aku mampu menunaikannya. semoga ayah aku sembuh dengan segera.. ammiinnn

No comments:

Post a Comment