Tuesday, November 23, 2010

impianku.....

hurmm.. kali ni aku nk share tentang impian aku.. hehe.. impian aku banyak.. tapi sekadar impian je lah. harap salah satu tu dapat aku capai. hehe.. setip orang punya impian.. tak ada seorang pun di dunia ini tiada impian. impian di ibaratkan arah petunjuk ke dalam sebuah kehidupan yang lengkap. kerana melalui impian kita akan berusaha untuk mencapainya. tidak kiralah sebesar mana pun impian tersebut.. jika di berikan seluruh tenaga untuk emncapainya insyaALLAH.. segalanya akan berhasil..
nak tahu impian aku? lihat di bawah......

1. aku kalau boleh nak hasil banyak novel. tapi aku suka jual idea jer. haha.

2. aku nak ada 1 kereta untuk drift. aku nak lumba dengan fahimi. dulu aku takut naik keta drift dia. tapi bila lama2 best la pulak. haha..

3. aku nak jadi perempuan yang paling sexy. hurmm paling kurang macam megan fox haha.. mengada-ngada pulak. tapi aku nk jd sexy cam kat dpan hsband jer lah..

4. aku nak anak ramai-ramai sebab aku dah penat hidup sunyi.

5. aku nak sebuah kehidupan yang harmoni. aku tak suka tangisan. dan sebab tu aku selalu gelak. untuk menghappy kan diri. walaupun ada lah setengah org tu cakap aku ni x pernah serius. aku serius. tapi dengan cara aku sendiri.

6. aku nak jejak kn kaki ke new zealand. bila benar2 aku dah bersedia. tp tak nak study kat sna.. nk keja.. x pun g bercuti jer.. hehe

7. aku nak jadi seorang pelumba basikal. tapi... aku selalu excident klau naik bsikal.

8. aku nak jadi pemain gitar. n penyanyi.

9. aku nak nyanyi kan kepada seseorang tu sambil main gitar

10. aku nak main piano. bila putus cinta. aku nyanyi kn lagu untuk si dia. tapi cam ner nak main piano.. susah la.. hishh..

11. aku nak jadi pendidik. kalau tak dapat jadi pendidik ank org.. didik ank sendiri pun jadi lah.

12. aku nak bercuti keseluruh dunia. tapi tak nak naik flight. sbb aku mmg takut naik flight. mcm nak pengsan pun ada. aku takut sangat2 kalau nk tgk aku pengsan tak pun parkinson try lah .

13. aku nak beli sebuah banglo. aku selalu lalu kat depan lot2 banglo yang berderet tu.. cantik sangat.. aku nak beli 1.. tapi tak de duit lah..

14. aku nak buka sebuah rumah untuk org tua. 1 rumah untuk anak yatim.

15. aku nak dpt 4.00... hurmm susah la..

16. aku nak jadi doctor. tapi tak cukup pandai la nk jd doc... haha.. xpe lah jadi doc. kepada anak2 n hsband pn ckup..

17. aku nak jadi pegawai bank.

18. aku nak jadi sebaik-baik manusia... biarlah rupa tidak secantik megan fox... tapi aku yakin.. nnt tua kerepot jugak.. biarlah tak jadi penyanyi sbb suara mmg x sdap jnji aku puas hati bila aku nyanyi tuk diri sendiri. biarlah aku nyanyi kan kepada someone tu.. walaupun suara aku tak sedap.. janji aku ikhlas tuk nyanyikan.. suara dari hati..aku sndiri.

aku nak jadi manusia yang jujur. jujurkah aku selama ini? hurmm sukar untuk aku ungkapkan. aku harap aku dapat menceriakan orang sekeliling aku. dengan tawa yang aku dengari aku senang mendengarnya. biarlah aku susah asalkan orang yang sayang gembira. tak salah kan jika aku cuba untuk membahagiakan kedua insan yang membesarkan aku.. hidup mereka tidak lama.. hanya beberapa tahun sahaja lagi. tapi sanggup kah aku untuk melukakan hati mereka. tega kah aku untuk melakukannya. tidak mungkin wahai saudaraku. akan aku gembirakan mereka selagi hayat mereka di kandung badan. walaupun aku ini di pandang hanyalah kecil di pandangan mata mereka tetapi aku akan cuba untuk melakukan yang terbaik. tidak salah kan perbuatan aku ini.

seorang kekasih boleh di cari. tetapi seorang ayah dan ibu tidak mungkin kita mendapat cari gantinya... aku ingin menjadi seorang anak yang membahagiakan kedua orang tua ku.

alamak.. banyak nya impian aku ni.. hurmm.. aku harap aku dapat capai salah satunya.

No comments:

Post a Comment